Friday, November 9, 2012

Sambung Master

Pagi ni aku tak boleh tidur pulak. Aku cuba nak share macam-macam perkara yang bermain dalam fikiran aku ketika ini. Tapi kawan-kawan ukm aku semuanya dah balik ke negeri masing-masing. Sejujurnya, aku rindukan kehidupan masa di alam degree dulu. Hidup hanyalah berkisar tentang belajar dan main bola pada setiap petang. Kini, sejak bulan julai yang lalu, aku tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke padang bola. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya aku pada kawan-kawan. Pengalaman bersama mereka pasti tidak akan berulang di dunia ini. Tapi di akhirat, aku berdoa agar Allah pertemukan aku semua dengan mereka untuk sama-sama mengulangi pengalaman manis ini.





Berbalik pada topik, sambung master atau ijazah sarjana. Memang impian dan matlamat aku adalah ingin belajar sampai ke pringkat Ph.D, inspirasi dari abang aku, Yakup. Lalu sekarang ini aku sedang berusaha untuk mendapatkan tempat di universiti luar negara, khususnya di UK dan US.



IELTS

Benda pertama yang wajib aku ada adalah sijil IELTS atau nama penuhnya International English Language Test System. Dan rata-rata top universities di UK dan US meletakkan English Requirement for entry adalah minimum band 6.5 dalam IELTS. Maka pada 3 November 2012, minggu lepas, aku telah menduduki test tersebut. Alhamdulillah, selesai semuanya. Aku bertawakkal kepada Allah. Tapi aku berasa sangat sedih kerana aku tidak dapat menjawab ujian IELTS tersebut dengan baik. Aku takut sangat tidak mencapai band 6.5 dalam slip laporan keputusan yang akan keluar pada 16 November ini. Sumpah, aku seperti sudah patah semangat. Aku mengharapkan keajaiban dari Allah akan membantuku dalam urusanku ini. Aku cuba untuk redha akan segala keputusannya, kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Lalu aku nekad, jika aku gagal mendapat band 6.5 minimum, aku akan mengulangi ujian ini sekali lagi. Genggam bara api, biar sampai jadi arang. Apa-apa pun, aku tidak akan berhenti berharap pada Allah, dan tidak sesekali akan pernah berhenti harap padaNya.





SPONSORSHIP

Belum lega lagi pasal result IELTS aku, ada lagi perkara lain yang aku pening memikirkan. Soal sponsorship atau penajaan untuk aku sambung master ke luar negara ni (seandainya diizinkan Allah) menimbulkan kebingungan juga pada aku. Pada awalnya, sebagaimana yang aku telah rancang sejak dari zaman degree dulu, aku rancang nak sambung master dibawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, biasiswa yang bernama Program Pelajar Cemerlang (PPC). Memandangkan aku memang scholar JPA masa degree dulu, jadi ini satu kelebihan untuk aku meneruskan hajat untuk terus ditaja untuk pengajian master pula. Kalau ikutkan syarat yang diletakkan untuk biasiswa PPC ni, Alhamdulillah hampir semua aku dah lepas. Cuma tinggal untuk mendapatkan tempat atau offer letter sahaja dari tempat pengajian yang aku nak further nanti. Tapi timbul pula masalah, universiti yang perlu aku dapatkan tempat mestilah dalam kalangan 20 universiti terbaik dunia. Hah, inilah dia masalahnya. Maka aku dah fikirkan alternatif lain sebagai back up plan. Apa dia? Skim Fellowship UKM.




Skim Fellowship ni aku tengok memang lagi menjamin masa depan dan siap boleh book tempat di UKM untuk jadi pensyarah. Tapi masalahnya aku tak pasti lagi macam mana prosedur untuk dapatkan skim ni. Aku tak pasti kalau ambil mode coursework boleh atau tidak untuk skim, sebab kebanyakan tajaan universiti hanya untuk research mode sahaja. Hurm tak apa lah. Let's KIV this matter first. Apa yang penting sekarang, result IELTS kena 6.5 and above dulu. Dah lepas yang itu, barulah fikir soal sponsorship. Moga Allah permudahkan jalan.


No comments:

Post a Comment