Friday, November 9, 2012

I'm Back !!

Alhamdulillah. Setelah hampir setahun aku tak jenguk blog aku yang agak sampah ini, entah macam mana tiba-tiba Allah gerakkan hati aku untuk buka blog ini. Punya la aku tak layan blog ni hatta aku dah lupa apa dia URL blog aku ni. Jadi aku pon cuba la log in beberapa kali, maka ter 'log in' lah jugak aku ke dalam blog gebang ni.



Maka nak dimulakan cerita, aku nak bagi tahu yang aku secara rasminya telah tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda pada 23 Oktober 2012 yang lepas. CGPA? Tak yah tanyalah. Boleh la cukup makan untuk aku meneruskan kehidupan. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang banyak menyumbang kudrat, iradat, semangat, pengajaran dan segala-galanya kepada aku sepanjang tiga tahun di UKM Bangi la siyama mak dan ayah, para pensyarah dan kawan-kawan dunia akhirat semua. Aku nak sangat jumpa para pensyarah aku, nak ucapkan terima kasih. Aku mahu tapi malu, lalu mahuku telah ditundukkan oleh rasa maluku. Hurm, tak apalah. Nanti aku datang jugak ke ukm tu. Bukan jauh pun, 15 minit je naik Kawasaki ER-6N aku tu. (hah bajet gileww).




Mungkin bagi kebanyakan orang, dari luaran yang aku nampak (mungkin aku silap), rata-rata macam cukup puas bila dah berjaya habiskan pengajian di peringkat degree. Tapi itu mungkin bagi mereka, tapi tidak bagi aku. Secara jujur, 3 tahun yang aku lalui di ukm tidak memuaskan hati aku dari sudut kedahagaan aku terhadap ilmu yang aku harap dan impikan. Aku rasakan apa yang aku pelajari dan aku dapati dalam tempoh setahun aku di tingkatan 6 STAM pada 2008 dahulu jauh lebih banyak daripada apa yang aku dapati di ukm dalam tempoh 3 tahun. Seriously, aku tidak merasakan kebahagiaan yang aku impikan. 3 tahun di ukm dalam pengajian usuluddin, tiada sebarang kitab akidah yang berjaya aku khatami, fahami, apatah menyampaikan dengan baik kepada orang lain. Ihya' Ulumuddin, karya agung Imam Abu Hamid Al-Ghazali, sepatutnya kitab ini sudah aku hadamkan untuk aku amalkan dan sebarkan kepada masyarakat di luar sana. Tapi sayang seribu kali sayang, tamatnya pengajianku selama 3 tahun, kitab itu masih belum aku kuasai. Begitu juga dengan Al-Milal wa al-Nihal, Al-Ibanah, Al-Luma' dan banyak kali kitab-kitab akidah utama yang belum sempat aku buka halamannya. Sememangnya suatu penyesalan. Namun, selagi hayat dikandung badan, akan ku usahakan untuk menghadamkan kitab-kitab tersebut InsyaAllah.

No comments:

Post a Comment