10 Disember hari tu, gerhana bulan yang cukup indah telah berlaku. Subhanallah. Aku pun excited sangat nak tengok, macam mane lah rupa gerhana bulan depan-depan mata. Selama ni asyik tengok dekat internet je. So, alang-alang aku dah ada Canon EOS 400d DSLR, aku pun apa lagi, cepat-cepatlah tangkap gambar.
Kat malaysia digebangkan bahawa gerhana bulan akan berlaku dari kul 7.30 -11.00 malam, lebih kurang camtu la. Then lepas solat maghrib, aku try godek-godek dulu DSLR aku, maklumlah beginner selenger nak try capture gambar gempak. Pergh gebang giler cerita. So aku pon rushing la keluar rumah, dongak kepala tengok atas langit. Alangkah pilunya hati, hampanya perasaanku apabila awan-awan tebal mencemburui dan menghalangi aku dari melihat kelibat gerhana bulan. Tapi aku capture jugak la walaupun awan tebal. Fuh, semat jugak kan! Ni gambarnya.
Menunggu detik goku bertuka jadi gorila !!
Then, bila dah dalam pukul 9 lebih kalau tak silap aku, aku keluar balik, aku dongak balik. FUh, memang fuyyo la tak gebang punya! Subhanallah. Aku pun cepat-cepat tangkap, takut gerhana habis. Ni gambarnya, aku post kat facebook, ramai giler terpegun.
Macam nampak kawah-kawah kan. Tak gebang punya.
No comments:
Post a Comment