Saturday, November 10, 2012

Back Up Plan

Cerita mengenai hasrat aku untuk sambung master banyak lagi kebingungannya. Hidup ini memang kita yang rancang. Sebaik mana pon kita rancang, tapi kalau Allah kata rancangan kau ni takkan jadi kenyataan, maka ia tetap tidak akan jadi walau sekuat mana kau usaha untuk bagi jadi. Iradah dan kudrah Allah itu mutlak. Itu adalah pasti. Sebab tu, aku kena rancangan back-up plans andai kata Allah mentakdirkan bahawa rezeki aku untuk sambung master bukan di luar negara. Maka aku dah plan kemungkinan-kemungkinan yang patut aku lakukan kalau tiada rezeki aku nak sambung di luar negara.

UNIVERSITI

First sekali, aku rancang untuk mengambil master di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia atau UIAM. Mungkin masih dalam bidang usuluddin, tapi aku akan lebih cenderung ke arah Perbandingan Agama. Kalau ikutkan, banyak disadvantages kalau aku sambung di UIA dari sudut perbelanjaan dan penginapan berbanding kalau aku sambung di UKM. Kalau di UKM, senang sangat. Aku tak perlu fikir soal makan minum dan tempat tinggal, sebab rumah aku hanya memakan masa 15 minit perjalanan sahaja. Sedangkan UIA berbatu-batu jauhnya dari rumah aku. Jadi belanja makan minum dan penginapan kena ada la.

Tapi aku lihat pada sudut yang lebih luas. Selama 3 tahun di UKM, hidup aku terlalu mudah dan cabaran dalam menuntut ilmu tidak mampu mematangkan diri aku. Segalanya mudah dan murah. Belajar pun seperti tiada kepuasan dan tiada rasa jihad. Maka aku rasa UIA adalah tempat terbaik untuk aku mencapai 'kepuasan'.


                                                                       


Banyak kelebihan UIA yang aku dapat lihat. Pertama sekali dari sudut budaya ilmunya. Boleh kata tiap-tiap minggu ada saja event berbentuk forum atau konferens yang sangat menarik dan bersifat international. Seriously aku suka dengan events yang sebegini, i mean aku lebih prefer ini berbanding dengan tazkirah dan forum yang berkisar tentang soal cinta dan remaja. Bagi aku, forum-forum jiwang ini memang bagus, tapi akan membuatkan remaja kita khayal asyik memikirkan tentang soal jodoh dari mula pengajian sampailah mereka bergraduasi. Mungkin itu satu kelebihan.

Kedua, medium perantaraan di UIA ni mostly adalah bahasa Inggeris dan aku rasa dalam subjek pengajian Islam mungkin kebanyakannya adalah bahasa arab. Jadi di sini aku akan dapat mempraktikkan kedua-dua bahasa asing ini dengan kerap dan tahap penguasaan dan pertuturan aku dapat ditingkatkan. Aku dah lama impikan dapat berbahasa Inggeris dan Arab fluently sebab ini akan memudahkan komunikasi aku untuk usaha dakwah dan pengajaran pada masa akan datang.

Ketiga, sudah tentulah aku akan lebih berdikari apabila tinggal jauh dari rumah keluarga. Makan minum perlu diuruskan sendiri dan hanya pulang pada hujung minggu, itu pun kalau tidak banyak kerja memandangkan master ni orang kata banyak kerjanya. Hurm, hopefully moga Allah berkati semua perancangan ini. Moga Allah memberikan yang terbaik. Ameen.

Friday, November 9, 2012

Sambung Master

Pagi ni aku tak boleh tidur pulak. Aku cuba nak share macam-macam perkara yang bermain dalam fikiran aku ketika ini. Tapi kawan-kawan ukm aku semuanya dah balik ke negeri masing-masing. Sejujurnya, aku rindukan kehidupan masa di alam degree dulu. Hidup hanyalah berkisar tentang belajar dan main bola pada setiap petang. Kini, sejak bulan julai yang lalu, aku tidak pernah lagi menjejakkan kaki ke padang bola. Hanya Allah yang tahu betapa rindunya aku pada kawan-kawan. Pengalaman bersama mereka pasti tidak akan berulang di dunia ini. Tapi di akhirat, aku berdoa agar Allah pertemukan aku semua dengan mereka untuk sama-sama mengulangi pengalaman manis ini.





Berbalik pada topik, sambung master atau ijazah sarjana. Memang impian dan matlamat aku adalah ingin belajar sampai ke pringkat Ph.D, inspirasi dari abang aku, Yakup. Lalu sekarang ini aku sedang berusaha untuk mendapatkan tempat di universiti luar negara, khususnya di UK dan US.



IELTS

Benda pertama yang wajib aku ada adalah sijil IELTS atau nama penuhnya International English Language Test System. Dan rata-rata top universities di UK dan US meletakkan English Requirement for entry adalah minimum band 6.5 dalam IELTS. Maka pada 3 November 2012, minggu lepas, aku telah menduduki test tersebut. Alhamdulillah, selesai semuanya. Aku bertawakkal kepada Allah. Tapi aku berasa sangat sedih kerana aku tidak dapat menjawab ujian IELTS tersebut dengan baik. Aku takut sangat tidak mencapai band 6.5 dalam slip laporan keputusan yang akan keluar pada 16 November ini. Sumpah, aku seperti sudah patah semangat. Aku mengharapkan keajaiban dari Allah akan membantuku dalam urusanku ini. Aku cuba untuk redha akan segala keputusannya, kerana Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya. Lalu aku nekad, jika aku gagal mendapat band 6.5 minimum, aku akan mengulangi ujian ini sekali lagi. Genggam bara api, biar sampai jadi arang. Apa-apa pun, aku tidak akan berhenti berharap pada Allah, dan tidak sesekali akan pernah berhenti harap padaNya.





SPONSORSHIP

Belum lega lagi pasal result IELTS aku, ada lagi perkara lain yang aku pening memikirkan. Soal sponsorship atau penajaan untuk aku sambung master ke luar negara ni (seandainya diizinkan Allah) menimbulkan kebingungan juga pada aku. Pada awalnya, sebagaimana yang aku telah rancang sejak dari zaman degree dulu, aku rancang nak sambung master dibawah tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam, biasiswa yang bernama Program Pelajar Cemerlang (PPC). Memandangkan aku memang scholar JPA masa degree dulu, jadi ini satu kelebihan untuk aku meneruskan hajat untuk terus ditaja untuk pengajian master pula. Kalau ikutkan syarat yang diletakkan untuk biasiswa PPC ni, Alhamdulillah hampir semua aku dah lepas. Cuma tinggal untuk mendapatkan tempat atau offer letter sahaja dari tempat pengajian yang aku nak further nanti. Tapi timbul pula masalah, universiti yang perlu aku dapatkan tempat mestilah dalam kalangan 20 universiti terbaik dunia. Hah, inilah dia masalahnya. Maka aku dah fikirkan alternatif lain sebagai back up plan. Apa dia? Skim Fellowship UKM.




Skim Fellowship ni aku tengok memang lagi menjamin masa depan dan siap boleh book tempat di UKM untuk jadi pensyarah. Tapi masalahnya aku tak pasti lagi macam mana prosedur untuk dapatkan skim ni. Aku tak pasti kalau ambil mode coursework boleh atau tidak untuk skim, sebab kebanyakan tajaan universiti hanya untuk research mode sahaja. Hurm tak apa lah. Let's KIV this matter first. Apa yang penting sekarang, result IELTS kena 6.5 and above dulu. Dah lepas yang itu, barulah fikir soal sponsorship. Moga Allah permudahkan jalan.


I'm Back !!

Alhamdulillah. Setelah hampir setahun aku tak jenguk blog aku yang agak sampah ini, entah macam mana tiba-tiba Allah gerakkan hati aku untuk buka blog ini. Punya la aku tak layan blog ni hatta aku dah lupa apa dia URL blog aku ni. Jadi aku pon cuba la log in beberapa kali, maka ter 'log in' lah jugak aku ke dalam blog gebang ni.



Maka nak dimulakan cerita, aku nak bagi tahu yang aku secara rasminya telah tamat pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda pada 23 Oktober 2012 yang lepas. CGPA? Tak yah tanyalah. Boleh la cukup makan untuk aku meneruskan kehidupan. Alhamdulillah, terima kasih kepada semua yang banyak menyumbang kudrat, iradat, semangat, pengajaran dan segala-galanya kepada aku sepanjang tiga tahun di UKM Bangi la siyama mak dan ayah, para pensyarah dan kawan-kawan dunia akhirat semua. Aku nak sangat jumpa para pensyarah aku, nak ucapkan terima kasih. Aku mahu tapi malu, lalu mahuku telah ditundukkan oleh rasa maluku. Hurm, tak apalah. Nanti aku datang jugak ke ukm tu. Bukan jauh pun, 15 minit je naik Kawasaki ER-6N aku tu. (hah bajet gileww).




Mungkin bagi kebanyakan orang, dari luaran yang aku nampak (mungkin aku silap), rata-rata macam cukup puas bila dah berjaya habiskan pengajian di peringkat degree. Tapi itu mungkin bagi mereka, tapi tidak bagi aku. Secara jujur, 3 tahun yang aku lalui di ukm tidak memuaskan hati aku dari sudut kedahagaan aku terhadap ilmu yang aku harap dan impikan. Aku rasakan apa yang aku pelajari dan aku dapati dalam tempoh setahun aku di tingkatan 6 STAM pada 2008 dahulu jauh lebih banyak daripada apa yang aku dapati di ukm dalam tempoh 3 tahun. Seriously, aku tidak merasakan kebahagiaan yang aku impikan. 3 tahun di ukm dalam pengajian usuluddin, tiada sebarang kitab akidah yang berjaya aku khatami, fahami, apatah menyampaikan dengan baik kepada orang lain. Ihya' Ulumuddin, karya agung Imam Abu Hamid Al-Ghazali, sepatutnya kitab ini sudah aku hadamkan untuk aku amalkan dan sebarkan kepada masyarakat di luar sana. Tapi sayang seribu kali sayang, tamatnya pengajianku selama 3 tahun, kitab itu masih belum aku kuasai. Begitu juga dengan Al-Milal wa al-Nihal, Al-Ibanah, Al-Luma' dan banyak kali kitab-kitab akidah utama yang belum sempat aku buka halamannya. Sememangnya suatu penyesalan. Namun, selagi hayat dikandung badan, akan ku usahakan untuk menghadamkan kitab-kitab tersebut InsyaAllah.

Thursday, December 29, 2011

Tuesday, December 27, 2011

Limau Nipis & Limau Kasturi

Tengah takde kerja, aku pun capture gambar limau nipis dan limau kasturi yang ada kat halaman rumah aku.


Limau Kasturi


Limau Kasturi



Limau Nipis


Limau Nipis


Limau Nipis

Monday, December 26, 2011

Keputusan BPL Boxing Day Bonanza 2011

Chelsea1-1Fulham
  • Mata 46:48
  • Bosingwa 67:31
    • Dempsey 55:07
    • Dempsey 6:14

    Man Utd5-0Wigan
    • Park 7:17
    • Berbatov 40:57
    • Berbatov 57:55
    • Valencia 74:49
    • Berbatov 77:49 Scored
    • Evans 23:27
    • Giggs 61:19
        • Jones 21:25
        • Sammon 38:43

        Liverpool1-1Blackburn
        • Maxi 52:26
        • Agger 71:29
          • Adam 44:53

          Sunderland1-1Everton
          • Colback 25:28
              • Baines 50:14 Scored
              • Heitinga 71:25

              West Brom0-0Man City
                      • Toure Yaya 68:53

                      Bolton0-2Newcastle
                        • Klasnic 32:41
                          • Ben Arfa 68:28
                          • Ba 70:45
                          • Tiote 35:51

                            Sunday, December 25, 2011

                            Mengkudu Yang Kepahitan

                            Mengkudu ni orang kata banyak khasiatnya. Biasa la, dah nama pun mengkudu, mesti banyak khasiat sebab pahit giler kot, even dalam sepanjang hidup aku tak pernah sekali pun aku cuba rasa mengkudu. Dan aku tak pernah teringin pon nak cuba, sebab aku elergik pada benda-benda yang pahit. Serius ni tak gebang punyer. AKu cuma suka tangkap gambar mengkudu je, sebab bentuknya macam sarang tebuan/lebah. Kan?


                            Ni mengkudu muda, hijau lagi, keras pulak tu.


                            Ada ke sesape yang teringin nak makan buah mengkudu ni macam makan epal? Kalau ada memang aku nak berguru dengan dia. Aku teringin sangat nak tengok orang makan buah mengkudu dengan selamba, sebab selama ni orang asyik buat jus mengkudu je. Apa-apa pun, Subhanallah segala puji bagi Tuhan yang mencipta seluruh alam termasuk mengkudu ni. ;)

                            Yang ni dah masak, warna kuning dan boleh dikunyah begitu sahaja. Euwww.